PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:
Perunding Akademik (Untuk Lepasan SPM/SPMV), Perunding Pembangunan Laman Web ( Kerajaan, Swasta, Pengiklanan, IKS, Sek. , Masjid, Individu dan Sebagainya), Perunding Perniagaan (IKS/ semua peniaga), Kursus Jangka Pendek (semua golongan), Baik Pulih Komputer, Networking Dan Banyak Lagi..


Rabu, 13 Mei 2009

FIKIR- FIKIRKAN

1.Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
2.Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamutidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
3.Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itusendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
4.Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
5.Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlahuntuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

LIRIK LAGU AWAL MUHARAM

Cuba kita lihat lirik lagu Awal Muharram berikut, walaupun ringkas tetapi secara mudah kita dapat memahami apakah peristiwa Awal Muharram. Paling tidak, sekurang-kurangnya lirik ini memberi semangat untuk kita meraikan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x